Artikel yang aku nak kongsi ni adalah dari Majlis Peguam sendiri dan penasihat undang - undang. Kita jangan mudah menjadi mangsa kepada kerajan kita yang dah jatuh miskin dan tak berduit dengan hutang berlambak akibat keborosan pemimpin - pemimpin kita mengaut segala duit ke poket mereka. Jalan terbaik untuk mendapatkan duit adalah dengan memeras duit rakyat melalui kutipan saman yang tak sepatutnya kita bayar sebab bukan mahkamah yang menjatuhkan hukuman samada kita salah atau tidak tapi JPJ dan POLIS yang menjatuhkan hukuman sendiri yang mana sememangnya mereka ini tiada hak atau kuasa menentukan itu semua.
Korang boleh baca artikel ni dan fikirlah sendiri.
Artikel 1
| Majlis Peguam saran saman ekor dikaji semula |
| Monday, 09 August 2010 09:56am | ||||||
©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran) oleh Magendran Rajagopal, Wan Faizal Ismayatim, Haspaizi Mohd Zain dan Ahmad Johari Mohd Ali Polis, JPJ perlu guna sistem penyampaian lebih berkesan KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang meminta supaya pengeluaran saman ekor oleh polis trafik dikaji semula kerana tindakan itu umpama menjatuhkan hukuman ke atas pemilik kenderaan walaupun kesalahan masih belum dibuktikan. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan, berkata dari segi prinsip, ada peruntukan undang-undang bagi membolehkan saman ekor itu dilaksanakan, tetapi masalah yang timbul berhubung cara penyampaian saman tidak efektif. “Masalah timbul jika saman itu tidak sampai kepada kita, ini menunjukkan ada kelemahan dalam sistem penyampaian. Oleh itu, sistem ini perlu dikaji dan diperbaiki semula sama ada polis atau JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) menggunakan sistem yang efektif dan berkesan, ” katanya. Peguam Salim Bashir berkata, orang ramai tidak boleh dipaksa membayar kompaun dan dikenakan waran tangkap melalui saman ekor kerana proses itu tidak mengikut sistem perundangan betul. Katanya, hanya mahkamah yang boleh mengeluarkan perintah sedemikian dan bukannya polis atau JPJ kerana pihak berkenaan tidak diberi kuasa memutuskan sama seseorang individu bersalah atau sebaliknya. Peguam Arif Azami Hussein berkata, melanggar hak kebebasan individu untuk didengar dan membela diri yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Katanya, pelaksanaan itu melangkaui prosedur perundangan kerana ia bersifat menghukum dengan serta merta. “Mengikut prosedur betul, seseorang individu diberi notis terlebih dulu sebelum dihadapkan ke mahkamah, saman ekor bukan saja melangkaui prosedur itu, malah hukuman dikenakan tidak memberi banyak pilihan kepada kita, ” katanya. ARTIKEL 2
| ||||||




