Kita selalu didoktrinkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari
orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya
orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan henat dalam sains
dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita
masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan Muslim.
Inilah penemuan muslim yang luar biasa:
Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi
menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang
digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun.
Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi
benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada
luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.
2. Kopi
Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi,
kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi
membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo
oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada
abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang
mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.
3. Mesin Terbang
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina
sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah
perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya
yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat
sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya
yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia
Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.
4. Universiti
Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi
mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara
perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan
universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian.
Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti
utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita
muslim di mana pun di dunia.
5. Aljabar
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik
terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke
dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani
dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional,
nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang
lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka
menjadi
bilangan yang boleh menjadi kekuatan.
6. Optik
“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang
dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan
bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata,
bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari
dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena
pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat
dengan hubungan antara optik dan otak.
7. Muzik
Pemuzik Muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara
banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan
rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari
alfabet Arab.
8. Berus Gigi
Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan
berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk
membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga
digunakan dalam ubat gigi moden.
9. Takal/ Crank
Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari
dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan
gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat
terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada
abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.