Permintaan radio di bulan puasa
Lawak bulan puasa
Seorang pendengar Radio HANGIT FM, Ajoi sedang bercakap secara on air dengan DJnya – Kitanro lebih kurang pukul 4.30 petang:
DJ Kitanro : “Hello! Hangit FM!”
Ajoi : “Hello radio Hangit FM yek?”
DJ Kitanro : “Yeah Betul, radio yang paling hangit di Malaysia, siapa bercakap di sana?”
Ajoi : “Ooo nama saya – Ajoi . Boleh buat permintaan tak?”
DJ Kitanro : “Boleh… Ajoi mau minta lagu apa?”
Ajoi : “Tolong putarkan azan Asar yer bro, dah masuk waktu nih!!”
DJ Kitanro : “!!!!????, insaf gua…”
Kisah 3 pemuda di hujung kampung
Arakian pada suatu senja yang hening, Haji Abu iaitu imam surau kampung tersebut pun terserempak dengan 3 orang pemuda itu dalam perjalanannya ke surau untuk menunaikan fardu maghrib.Maka Haji Abu pun berkata kepada 3 orang pemuda tersebut.
'Kamu tiga orang ni..aku tengok tak berubah-ubah.dari kecik sampai ke besar tak ade keje laen.asek-asek melepak je keje.cuba la orang berubah..rajin-rajin la ke masjid' kata Haji Abu dengan nada menyindir.
Maka pemuda yang pertama menjawab dengan nada marah
'Pak Imam janganlah nak menyindir-nyindir kami.walaupun kami ni suka melepak dan jarang pergi ke surau, tapi tak bermakna kami tiada ilmu agama tau pak imam.Esok jugak kami akan datang ke surau untuk solat maghrib untuk solat jemaah dan kami akan buktikan kepada pak imam'.
Haji Abu pun berasa gembira kerana sindiran tajam nya berjaya menarik tiga pemuda tersebut untuk hadir ke surau pada keesokan harinya.Keesokan harinya, ketiga-tiga orang pemuda tersebut telahpun terpacak di depan surau sebelum Haji Abu sampai lagi. Haji Abu amat terkejut dengan perubahan drastik ketiga-tiga pemuda tersebut.
Tidak lama kemudian masuklah waktu maghrib, baru sahaja bilal hendak melaungkan azan tiba-tiba pemuda yang pertama bangun sambil berkata.
'Takpe pak bilal, hari ini biar saya yang azan.saya nak buktikan kepada orang-orang kampung bahawa saya ni ada gak ilmu agama walaupun sedikit.
Maka dengan yakinnya pemuda yang pertama melaungkan azan
'ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR........LAILAHAILLALLAH....'
Maka dengan marahnya Haji Abu pun berkata kepada pemuda yang pertama, 'Ko ni memalukan aku je..sekolah mane ko blaja azan pendek macam tu.dahla ko pegi balik'.
Dan Pak Bilal pun melaungkan azan seperti biasa dan tibalah masa untuk solat berjemaah.maka pemuda yang kedua pun bangun sambil berkata.
'pak imam, saya malu dengan kawan saya tadi, azan pun tak pandai..so saya nak buktikan kepada pak imam yang saya boleh jadi imam untuk solat magrib ni.
maka pemuda yang kedua pun menjadi imam untuk solat magrib.semasa takbiratulihram berlaku peristiwa yang tidak disangka-sangka..
'ALLAHUAKBAR....haaaa.macam ni kan pak imam', kata pemuda yang kedua sambil menoleh ke arah makmum-makmum di belakang.maka secara automatik solat tersebut terbatal.
Haji Abu berasa sangat marah kali ini dan menyuruh agar pemuda kedua itu balik dan lantas pemuda ketiga bangun sambil menenangkan Haji Abu sambil berkata.
'Pak imam, saya malu dengan kedua-dua kawan saya tu, kali ni pak imam boleh harapkan saya.saya janji tak akan menghampakan pak imam.biar saya yang lead jemaah untuk solat maghrib'.
pada mulanya Haji Abu agak keberatan tapi setelah dipujuk beberapa kali, dia pun membenarkan pemuda yang ketiga untuk menjadi imam.setelah 3 rakaat berlalu, tibalah masa untuk salam...
'ASSALAMUALAIKUM.....WARAHMATULLAH.....ASSALAMUALA IKUM.....WARAHMATULLAH'....
Dalam Haji Abu terdetik rasa bangga terhadap pemuda yang ketiga kerana berjaya menjadi imam pada malam tersebut.dia pun menepuk bahu pemuda yang ketiga sambil mengucapkan tahniah di atas kejayaan pemuda ketiga tersebut.
dan pemuda ketiga tersebut dengan selamber berkata 'tu saya belum amik wuduk lagi pak imam..kalau saya dah berwuduk lagi tiptop'....
maka haji Abu dan beberapa orang jemaah lain secara automatik menghantukkan kepala ke dinding surau
Hahahahahaha.....tu tak amik air sembahyang lg tu... |
No comments:
Post a Comment