Adz

Friday, September 3, 2010

Masanya Dah Tiba





Tinggal satu hari je lagi....esok aku akan kembali ke Kuantan, Pahang. Yahoooo!!!!.........dah boleh balik kampung...dah hampir tiga bulan aku merantau ke tempat orang...Labuan. Meninggalkan family yang tersayang...sedih jugak..berpuasa jauh dari family memang terasa ooo....bukak puasa dengan member2 aje. Bersahur pun dengan diorang je....makan ikut apa yang ada aje. Kalau kat kampung biasanya aku akan bangun bersahur dengan anak pompuan kesayangan aku...dia ni kalau macamana pun mesti nak aku bangun sama teman dia sahur. Tak makan pun tak apa janji duduk kat meja makan sama sama dengan dia. Tapi tahun ni dia kena bersahur dengan mama dan nenek dia ajela. 
  Time berbuka plak...kalau dulu masa atuknya ada..mesti tiap tiap hari atuknya akan belikan lauk ayam masak pedas untuk dia..kadang kadang lauk ikan patin...tu favourite dia tu. Pelik jugak aku sebab aku tak makan pun ikan patin...mama dia pun tak makan..tapi dia hantu dengan ikan patin ni. Kalau dalam perjalanan pergi atau balik dari KL mesti singgah kat hentian Temerloh nak makan nasi lauk ikan patin katanya. Tapi kali ni adalah tahun pertama dia berpuasa tanpa atuk kesayangan dia...jadi takde la orang yang nak melayan kerenah selera dia tu. 
my Lovely daughter..Najiha
     Kelengkapan untuk beraya telah pun diuruskan oleh isteri kesayangan aku. Yang aku boleh bantu dari jauh cuma kewangan saja. Kesian jugak kt wife aku terpaksa uruskan semuanya sendirian. Ketiadaan aku mengajar isteri aku untuk lebih berdikari walaupun sebelum ni memang sering aku tinggal tinggalkan tapi tak lama dan taklah sejauh ni. Weekend aku akan ada dirumah bersama diorang tapi kali ni memang jauh betul, Kuantan dengan Labuan.  Wife aku terpaksa berlajar drive kereta jauh-jauh sendirian, kalau tidak sebelum ni mesti aku takkan benarkan dia memandu kereta berjalan jauh sendirian tapi nak buat macamana, aku tak ada kt sana.
      Flight aku hari Sabtu pukul 5.20 ptg dan dijangka sampai ke KLIA pukul 7.45 mlm. Kemudian aku kene tunggu pulak flight ke Kuantan dalam pukul 10.20mlm dan akan sampai dalam pukul 11.00mlm. Lewat jugak tu. Kesian pulak kat wife aku terpaksa drive malam malam buta nak ambik aku kat airport.
     Aku cuti dalam 2 minggu dan banyak perkara yang aku kene buat dalam tempoh tu. Hari Ahad pagi2 lagi aku dah kene bangun pergi ke OUM untuk ambik modul bagi semester 3. Lepas tu aku kene pegi tengok rumah sewa aku di Kemaman. Aku nak kena pindah sebelum raya ni sebab dah ada orang nak masuk rumah ni. Lagipun aku dah tak duduk di Kemaman lagi lepas ni...dah kene transfer ke HQ KL so kene pindah sana le....
my lovely wife..Ayu
    Hari Isnin aku  kene pegiplak ofis lama di Kemaman untuk kosongkan pejabat aku. Barang2 aku masih banyak disana. Lagipun tak sabar nak jumpa kawan2 lama kt ofis tu...rindu jugak kat diorang sume..
Hari Selasa pulak aku nak balik ke Pekan rumah family aku...berbuka puasa bersama kakak aku dengan anak2 sedara aku..emak dan ayah aku dah takde jadi yang tinggal kat rumah tu cuma kakak aku yang tua. Aku mungkin tido kat sana satu malam.
   Tahun ni aku beraya kat rumah mak mertua aku....aku bagi peluang untuk isteri aku beraya bersama keluarga dia sebab ini adalah tahun pertama dia beraya tanpa ayah kesayangannya. Bapa mertua aku  meninggal pada tahun lepas...dua minggu selepas raya. Memang terasa bila dia tiada...seorang ayah yang paling baik pernah aku kenal..tak pernah berkasar atau meninggi suara dengan anak-anak. Aku cukup menghormati beliau dan sayang sangat beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya..
   Aku akan balik ke kampung aku untuk beraya pada petang  hari raya pertama...dan tido disana satu malam kemudian kembali ke Kuantan esoknya...
  Huh!!! Penat jugak rasanya jadual aku ni......tapi takpe..apa-apa hal aku ucapkan Selamat Hari Raya Untuk Semua........




1 comment:

  1. selamat balik kg..masa yg bahagia itu adalah masa bersama family tercinta..selamat hari raya dari MDT :)

    ReplyDelete