Adz

Showing posts with label isteri. Show all posts
Showing posts with label isteri. Show all posts

Friday, February 18, 2011

Kisah Seorang Isteri.....Bersama Kita Renungkan

KISAH SEORANG ISTERI.............BERSAMA KITA RENUNGKAN

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).
Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.
Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.
Antara jawapannya ialah:
1. Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).
2. Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.
3. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya.
Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah:
1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
3. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.
4. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
5. Wang tunainya di bank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.
6. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
7. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."
"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."
"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya.
Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.





Tuesday, October 5, 2010

99 Kemahuan Wanita Dari Segi Seks Yang Lelaki Perlu Tahu

UNTUK YANG DAH BERKAHWIN SAHAJA..........

Pernahkah kita sebagai suami mengambil tahu apa kemahuan dan perasaan isteri kita sebelum kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai suami di atas ranjang. Memang akan ada yang kata YA....tapi itu semua di awal perkahwinan sahaja... malah ada yang tak ambil tahu langsung. jadi di sini kita akan berkongsi satu rahsia besar tentang kemahuan wanita yang bergelar isteri kepada kita dengan harapan apa yang kita kongsikan ini dapat  mengeratkan lagi kasih sayang antara kita dan pasangan kita.

1.Suami patut lebih ceria semasa melakukan seks.

2.Makan malam bersama dan bersuap-suapan makan ke mulut pasangan sebelum melakukannya.

3.Tidak suka suami menghimpit kerana sukar bernafas.

4.Gembira jika inzal tapi tak perlu inzal untuk merasa puas, asalkan suami dapat beri kemesraan.

5.Tidak suka suami yang pentingkan diri sendiri. Suka suami yang ambil berat tentang kehendak pasangan.

6.Gembira jika suami dapat menenangkan hatinya sebelum melakukannya.

7.Suka jika suami melayaninya seolah-olah mereka melakukannya buat pertama kali. Suami itu patut mengasihi serta lemah-lembut.

8.Lebih suka disentuh dan dirangkul berbanding inzal bila melakukannya.

9.Gembira jika boleh memberitahu suami apakah perasaannya bila melakukannya dan suami itu memahaminya.

10.Suka hatinya bila suami berkata bahawa dirinya cantik menawan.

11.Perlukan masa untuk menyegarkan badan serta berdandan sebelum melakukannya.

12.Tidak suka melakukannya dalam keadaan yang tergopoh-gapah.

13.Suka jika suami mengejutkannya dari tidur dengan cara mencium tubuhnya.

14.Merasa gembira bila suami memuji bahagian demi bahagian dari tubuhnya.

15.Gemar melakukan diwaktu pagi.

16.Suka berendam dalam air sebelum melakukannya.

18.Gembira jika dipanggil dengan nama-nama manja sebelum melakukannya.

19.Benci bila melakukannya setelah selesai saja makan malam.

20.Tidak suka suami yang gelojoh di atas ranjang, sepatutnya bertenang dan jangan terkejar-kejar tidak tentu hala.

21.Tidak akan merasa jemu mendengar suami memuji betapa jelitanya dia.

22.Gembira jika suami menumpukan perhatian pada dirinya bila melakukannya, bukan pada benda lain.

23.Tidak suka jika suami memakai minyak wangi yang tidak sedap baunya.

24.Suka jika suami memberitahunya apakah yang telah dilakukannya dengan betul, bukan hanya kesalahannya.
25.Gemar jika suami yang membukakan pakaiannya.

26.Suka berjanji dulu pada hari bila dan waktu bila mahu melakukannya, dan janji itu perlu ditunaikan.

27.Gembira jika suami menunjukkan kasih sayang setelah melakukannya melebihi masa sebelumnya.

28.Suka melakukannya dalam suasana udara yang hangat.

29.Gemar hanya melakukan di atas ranjang.

30.Tidak gemar bila suami menunjukkan kegagahan dan kekerasan semasa melakukannya.

31.Gembira mendengar sesuatu yang menghairahkan dikatakan oleh suami sebelum melakukannya.

32.Tidak suka jika suami membawa makanan ke ranjang.

33.Tidak suka melakukannya jika malam sudah terlalu lewat.

34.Tidak gemar bila suami melakukan cara yang sama saja setiap kali bersama.

35.Gemar jika suami membelai-belai rambutnya sebelum melakukannya.

36.Benci bila suami terus mencabut keluar zakarnya sebaik saja inzal.

37.Gembira jika suami berkata dengannya pada masa itu dengan nada suara yang rendah dan dalam.

38.Tidak suka pada suami yang memaksa.

39.Suka jika suami meniup-niupkan nafas yang hangat ke telinganya.

40.Suka suami yang berterus-terang apakah kelemahan suami itu dari sudut seks.

41.Tidak suka suami yang serta-merta mahu memulakannya tanpa ringan-ringan.

42.Gembira jika jari kakinya diurut terlebih dahulu.

43.Tidak suka suami yang melakukannya sebelum suami itu mandi.

44.Tidak suka suami yang mencakar-cakar tubuhnya dengan rakus.

45.Gemar jika suami berada di atas dan mengawal aktiviti.

46.Tidak suka melakukannya bila anak-anak masih jaga atau ada di rumah.

47.Suka dan akan melayani sepenuh hati suami yang kuat bekerja mencari nafkah untuk keluarga.

48.Gemar menunggu melakukannya dalam keadaan cahaya terang.

49.Gembira melakukannya sambil muzik lembut berkumandang.

50.Gemar jika suami melakukannya dengan lemah-lembut dan perlahan.

51.Suka jika suami menghadiahkan padanya bunga.

52.Gemar jika suami tunjukkan kasih sayang yang tinggi semasa melakukannya.

53.Menganggap rahsia seks ialah kejujuran.

54.Sama ada inzal atau tidak dan berapa kali inzal tidak penting.

55.Adakalanya mahu memberi, adakalanya hanya mahu menerima.

56.Gemar disentuh sebelum, ketika, setelah dan luar masa melakukan seks.

57.Gembira jika suami menjilat sekitar payudara kemudian meniupnya dengan lembut.

58.Suka jika suami itu merasa bangga ketika bersamanya.

59.Perlukan perhatian dan masa.

60.Suka jika ia dapat berterusan sepanjang malam.

61.Gembira sekiranya suami menyatakan perasaan nikmatnya bila melakukannya.

62.Suka jika zakar disorong lambat dan ditarik dengan cepat semasa dayungan.

63.Gemar jika suami peka kepada kehendak dan perasaannya.

64.Suka jika berpegangan dan berpimpin tangan.

65.Suka sekiranya seks itu menjadi menifestasi cinta.

66.Gembira diperlakukan dengan kasar.

67.Tidak gemar jika seks di anggap oleh suami sebagai rutin kerana itu tidak menyeronokkan.

68.Gemar meraba dan diraba hingga tidak tertahan lagi kegelian.

69.Selepas melakukannya suka tidur di dalam rangkulan suami.

70.Suka jika suami melakukan sesuatu yang memeranjatkan di ranjang.

71.Gembira kerana suami melakukannya bersamanya setiap hari dengan kata dan layanan yang baik.

72.Suka jika suami menggunakan tangannya untuk menjelajah ke seluruh tubuhnya dan betisnya dibelai.

73.Tidak pernah masuk tidur dengan keadaan marah atau bosan, semua masalah diselesaikan dahulu.

74.Gemar jari-jarinya disedut oleh suami.

75.Seks patut mengembirakan bukan sesuatu yang menyedihkan hati.

76.Mesti mahukan inzal bila melakukannya.

77.Suka meletak bantal di bawah pinggul bila melakukannya dalam keadaan suami di atas dan dia baring terlentang.

78.Gemarkan posisi-posisi baru.

79.Suka jika payudara diramas dengan lemah-lembut seolah-olah menjaganya jangan pecah.

80.Rasa istimewa bila suami memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi.

81.Tidak sudi kepada suami yang tidak mempunyai perasaan kepadanya.

82.Semasa di ranjang mahu dianggap sebagai wanita sempurna segala segi.

83.Suami yang lemah-lembut dan baik hati menjadi idaman.

84.Melakukannya di tempat ganjil menjadi hobi.

85.Sanggup menjadi hamba seks suami asalkan suami pun begitu.

86.Lebih lama suami bersabar sebelum memulakannya, lebih cepat wanita inzal.

87.Mahu tahu apa yang suami tertarik dengan dirinya.

88.Suka suami yang bersopan.

89.Lebih suka jika suami tunjukkan kasih sayang dengan cara bukan seksual.

90.Suka jika dapat tentukan sendiri masa untuk melakukannya, tidak hanya suami sahaja.

91.Saya tidak mahu seks, saya mahu memadu cinta.

92.Gembira jika suami menyuruhnya memainkan peranan aktif sekali-sekala.

93.Suka suami yang bersabar.

94.Gemar bergurau senda selepas melakukannya dan anggap itulah paduan cinta yang sebenar.

95.Suka cara yang berbeza-beza.

96.Gemar jika dicium lembut sambil masuk ke kamar.

97.Rasa selesa dan selamat melakukannya dengan suami yang setia.

98.Benci bila suami menolak ajakannya.

99.Gemar jika suami memegang tangannya sambil masuk ke kamar.



Saturday, August 28, 2010

TIPS Cari Pasangan Hidup

Dalam kehidupan harian kita, kita sentiasa dalam persoalan mencari kebahagiaan. Bagaimana caranya untuk kita bahagia dan apakah "alatannya" untuk kita bahagia. Ada yang mengatakan duit mendatangkan bahagia dan ada juga yang mengatakan rumah besar sebagai kebahagiaan dan pelbagai lagi tapi pada hari ini saya ingin menyentuh perkara yang paling penting sekali iaitu pasangan hidup. Sebenarnya pasangan hiduplah yang paling besar sekali memberi impak ke dalam isu kebahagiaan kita. Walau bagaimana pun, untuk mencari pasangan hidup yang mungkin memberi kebahagiaan kepada kita adalah sukar tetapi mungkin dengan tip-tip ini, anda semua boleh menggunakannya untuk mencapai kebahagiaan:

Ti-tip ini sebenarnya adalah untuk anda mencari kebahagiaan dalam rumahtangga dan agar kehidupan anda dan anak-anak sentiasa dalam kegembiraan. Carilah calon pasangan anda sebai-baiknya kerana ianya bukan sahaja untuk di dunia malah untuk akhirat kelak. Ini sekadar tip dan info. Jodoh dari Maha Kuasa tetapi juga atas usaha kita

1. Calon pasangannya mesti beragama
Dalam hal ini, pasangan yang anda cari mestilah mempunyai kepercayaan ataupun pegangan ugama yang kuat. Lebih-lebih lagi dalam Agama Islam kerana Islam mementingkan kesejahteraan, keharmonian dan kesederhanaan. Kenapa agama penting?. Kerana jika anda memilih calon pasangan yang tiada pegangan agama yang kuat,terutama Islam, mereka cenderung melakukan sesuatu yang berdosa dan menyalahi hukum2 sosial seperti berlaku curang kerana tiada pegangan agama. Kasar kerana tidak menghormati status pasangan dan hati pasangan anda dan mungkin mencerca atau mencaci atau merendah-rendahkan pasangan anda kerana tiada rasa takut akan dosa kerana melukai hati pasangan mereka dan menghormati mereka lagi.
Selain itu, pasangan yang beragama menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat kerana sentiasa berusaha meningkatkan ketakwaan dan pedoman untuk satu-satu keluarga. Mereka sentiasa menjaga solat dan ini memberikan kesan yang positif kepada anak-anak mereka kelak dan pahala yang mereka perolehi adalah sentiasa berganda.

2. Cantik / berupa
Dalam isu cantik ini, tidak semestinya calon kita itu mempunyai wajah seperti pelakon atau ratu. Yang pentingnya, Dia benar2 cantik pada pandangan kita dan kita rasa tidak jemu memandangnya (setiap orang mempunyai citarasa berlainan). Ini penting untuk kebahagiaan kerana jika pasangan anda tidak jemu dipandang, ianya akan mewujudkan satu perasaan rindu pada satu sama lain dan ini menguatkan lagi ikatan satu-satu hubungan itu. Bayangkan jika satu pasangan yang saling kerinduan berjumpa, sudah tentu mereka akan serapat-rapatnua dan tidak ingin berpisah. Selain itu juga, pasangan harus sentiasa berusaha memberi impak kecantikkan kepada pasangan anda dan ianya wajib bagi menarik perhatian pasangan anda dan pasangan anda sahaja.

3. Berharta
Harta yang dimaksudkan bukanlah wang ringgit yang tinggi menggunung atau emas berlian. Yang pentingnya ialah kemampuan untuk menyara pasangan dan anak-anak nanti. Ini bukan hanya tertakluk pada suami, malah bagi para calon isteri. Kehidupan berumahtangga sebenarnya ialah untuk berkongsi hidup serta susah dan senang. Calon suami wajib memberi nafkah pada keluarga tetapi jika tidak berkemampuan, calon isteri boleh menolong agar bersama-sama mengharungi kehidupan.
Jika pasangan kia seorang yang tidak berharta, mampu menyara, kehidupan sesebuah rumahtangga itu akan menjadi kucar-kacir dan akan sentiasa menjadi pergaduhan antara pasangan-pasangan tersebut kerana lumrah manusia tidak sukakan pada kesusahan selain itu ia menyebabkan anak-anak terbiar tanpa kebajikan.

4. Menjaga hati, tidak cemburu buta dan tidak kasar.
Setiap calon pasangan mesti sentiasa dan berusaha menjaga hati pasangan yang lain. Carilah pasangan yang bertoleransi, lemah-lembut, baik bicaranya dan tinggi budinya. Rupa yang cantik atau tidak, jika salah satu pasangan yang dipilih adalah kasar, suka mengungkit dan berfikiran negatif, pasangan ini tidak akan bahagia kerana sentiasa ada pihak yang makan hati, terasa, tersinggung dan bermacam-macam lagi yang akhirnya mendatangkan kebencian. Jaga lidah anda walau pun marah sekalipun kerana anda mungkin akan menyebut sesuatu yang melukakan hati pasangan anda dan ada lukan yang tidak akan sembuh sampai bila-bila. Jangan mengungkit kesusahan anda atau kebaikkan anda. Jangan menuduh sesuatu tanpa bukti dan jangan berfikiran negatif. Percaya satu sama lain adalah kunci kejayaan satu-satu pasangan. Jagalah dengan cara terbaik.

5. Keluarga yang baik-baik
Ibu-bapa dan keluarga calong suami/isteri anda adalah cermin pada pasangan anda kerana didikan mereka. Keluarga yang memegang hukum-hukum Islam biasanya menghasilkan anak-anak yang soleh serta menghormati orang lain. Keluarga yang kasar, akan menghasilkan anak yang kasar, keluarga yang pincang, akan menghasilkan anak yang pincang dan sentiasa berfikiran negatif. Pilihlah dari keluarga yang baik-baik agar kebaikkan mereka dapat membantu anda sekali dalam mencari keredhaan.

6. Para-para calon isteri, hormatilah calon suami anda.
Wanita dilahirkan sebagai makhluk yang lemah lembut dan mampu menggegarkan dunia. Kekasaran waniata tidak dapat diterima sama sekali terutama bila bergelar isteri kerana ianya menjadi kederhakaan. Jangan tinggikan suara anda pada suami anda, api harus dilawan dengan air, panas dengan sejuk dan ego dengan kerendahan. Bukan mengatakan yang para isteri harus mengikut semua kata-kata suami, tetapi mesti berlandaskan kepada agama. Anda harus sentiasa pandai bermain kata-kata kerana lelaki memang patah dengan kata-kata wanita. 
Jangan sekali-kali derhaka pada suami anda, kekerasan anda akan mendatangkan bala pada anda. "Syurga di bawah tapak kaki ibu bagi anak dan suami dan syurga di bawah tapak kaki suami bagi isteri". Jangan kerana emosi anda dan mengikut perasaan, anda terjerumus ke dalam kemurkaan dan jangan lupa, anda juga mempunyai hak untuk terus hidup, selamat dan bahagia. 

Enam perkara ini adalah asas yang harus di cari dalam mencari pasangan ideal anda. Memang susah dan terutamanya bila nada bercinta, semuanya indah dan anda tidak dapat melihat ini semua dan akhirnya anda menyesal kerana sentiasa terlibat dengan pergaduhan dan akhirnya perpisahan. Dan yang penting sekali, anak-anak anda yang menanggung derita.













Friday, August 20, 2010

Kisah Mula - Mula Kawin

 Mula-Mula Kawin Semua Indah

Apa pendapat mereka-mereka yang dah kawin? Betul ke tak ayat-ayat cinta nie?

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha



Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…