Adz
Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts
Tuesday, August 17, 2010
Malam Ini Rindu Berlabuh
Malam ini aku tidak tahu kenapa mataku sukar untuk dipejamkan. Puas sudah aku memalingkan diriku kekanan dan kekiri namun kelopak mataku masih utuh bertongkat. Perasaanku seperti kehilangan sesuatu, kosong dan sayu. Aku mencapai laptop disebelah katil lantas jemariku mula menekan butang - butang dilaptop itu melayani perasaanku.Aku melayan rasa hatiku yang sepi dan kerinduan. Aku asyik mengenangkan kemesraan lalu bersama si dia. Kenangan yang sukar untuk dilupakan.
Mungkin kerana rindu dan sepi, hatiku menjadi sayu. Lalu dalam senyap, airmataku berguguran hangat membasahi pipiku. Aku hanya memandang dinding bilik dalam cahaya kesamaran. Aku mengelap airmataku dengan hujung selimutku dengan segera. Aku tak akan biarkan airmata aku jatuh berterusan kerana aku adalah lelaki. Aku beristiqfar beberapa kali di dalam hati, cuba mententeramkan jiwaku yang berkocak. Kenapa malam ini aku terlalu merindui si dia.
Parahnya aku rasakan bila jiwaku terganggu begitu. Aku melara sendiri. Menangis di dalam hati, namun perlahan-lahan bangkit kekuatan dalam diri. Aku tidak boleh mengalah begini, tidak boleh tenggelam dalam perasaanku sendiri, tidak. Aku ada matlamat disini dan dugaan ini tidak sesekali mencalarkan azam aku di sini
Aku berselawat dan terus berselawat sambil memejamkan mata, cuba menenangkan gelora di jiwaku kala itu. "Ahh...ini semua cuma dugaan kecil, aku pasti dapat melalui dan mengatasinya.. pasti." aku berbisik di dalam hati, cuba meyakinkan diriku sendiri. Cuba menegakkan tiang-tiang kesabaranku yang kian goyah.
"sayangku... rindu di hati ini selalu membakar jiwaku. Walau telah kubiarkan agar ia padam sendiri, ia tetap jua di situ. Tetap jua mengusik kedamaian hatiku, sebabnya hanya satu... kerana aku terlalu menyayangimu dan menyintaimu selamanya..." - Buat Isteriku tersayang....AYU
Ku Mahu Kau Tahu
Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.
Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.
Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.
Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.
Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu.
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu.
Subscribe to:
Posts (Atom)




