Adab berpuasa dan solat terawih
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat cerdik sungguh.. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
Sumber: akhbarweb
Adz
Showing posts with label terawih. Show all posts
Showing posts with label terawih. Show all posts
Thursday, August 4, 2011
Wednesday, August 11, 2010
Sembahyang Terawih
Aku just nak sharing dengan korang sume..untuk rujukan bersama
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :
( Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih, Terbitan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri (1981) - Cetakan Ketiga)
SEMBAHYANG TARAWIH
1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya'.
3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma'mum kerana Allah Taala (Pulang ke Laman Hadapan)
5. Rukun Sembahyang Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.
SEMBAHYANG WITR
1. Sembahyang Sunat Witr
a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr
i- bagi dua rakaat yang pertama:
ii- bagi rakaat yang akhir:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.
d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi
FADILAT SOLAT TERAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."
Labels:
ramadan,
ramadhan,
sembahyang,
terawih,
witir
Ramadhan Kembali...
Ramadhan kembali lagi.....
Alhamdulillah...bersyukur kali ni aku masih berpeluang menyambut ramadhan lagi..
Semalam aku sempat menunaikan solat sunat terawih malam pertama di masjid An-Nur Labuan bersama rakan2 serumah ...Ramai juga malam tadi tapi biasa la malam pertama...jumlah ini akan berkurangan sehari demi sehari....aku tidak tahu kenapa tapi memang dah adat macam tu dimana saja...dikampung aku pun sama..
Teringat masa aku kecik2 dulu...time terawih paling best sebab time terawih adalah masa untuk kami berperang mercun...mak bapak kitorang akan lepaskan kitorang bebas keluar kononnye pegi masjid untuk terawih. Biasenye kitorang akan berpecah kepada dua group...berperang menggunakan mercun2 yang ada antaranya mercun roket/lidi, mercun das atau apa saja mercun yang boleh baling dan meletup...
Bayangkan mercun tersebut kitorang baling kepada team lawan dan meletup dekat diorang. Memang bahaya tapi masa tu kecik2 lagi jadi yang penting seronok. Mercun das paling bahaya dan best...kitorang akan kejar diorang sambil tembak dengan mercun das. Bayangkan baju dan kain pelekat boleh berlubang terkena mercun ni..hahahaha..memang ganas masa tu..
Tapi time balik rumah mesti kene berleter..emak pun pelik pegi sembahyang terawih sampai berpeluh2..kain pelikat berlubang-lubang.
Tapi itu sume masa zaman kecik2 dulu...budak2 sekarang dah tak tau bende tu semua. Kesoronokan bulan puasa dikampung dah tak terasa..budak lebih suka mengadap tv lepas berbuka...paling tidak pun mengadap komputer dan main game. Sekarang ni kalau tengok kanak2 di Cybercafe lebih ramai dari di masjid pada waktu malam siap dengan baju melayu dan kopiah skali kt dalam CC. Bila ditanya kenapa tak solat terawih dimasjid diorang jawab..terawih secara online..terawih cyber..hahahaha nak gelak aku dengar jawapan diorang.
Bagi aku itu sudah memadai daripada mereka melepak disimpang jalan mengganggu orang lalu lalang atau jadi kutu rayau ataupun mat rempit.
Apa2hal pun aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua..
Pastikan puasa anda berbaloi.........................................................
Alhamdulillah...bersyukur kali ni aku masih berpeluang menyambut ramadhan lagi..
Semalam aku sempat menunaikan solat sunat terawih malam pertama di masjid An-Nur Labuan bersama rakan2 serumah ...Ramai juga malam tadi tapi biasa la malam pertama...jumlah ini akan berkurangan sehari demi sehari....aku tidak tahu kenapa tapi memang dah adat macam tu dimana saja...dikampung aku pun sama..
Teringat masa aku kecik2 dulu...time terawih paling best sebab time terawih adalah masa untuk kami berperang mercun...mak bapak kitorang akan lepaskan kitorang bebas keluar kononnye pegi masjid untuk terawih. Biasenye kitorang akan berpecah kepada dua group...berperang menggunakan mercun2 yang ada antaranya mercun roket/lidi, mercun das atau apa saja mercun yang boleh baling dan meletup...
Bayangkan mercun tersebut kitorang baling kepada team lawan dan meletup dekat diorang. Memang bahaya tapi masa tu kecik2 lagi jadi yang penting seronok. Mercun das paling bahaya dan best...kitorang akan kejar diorang sambil tembak dengan mercun das. Bayangkan baju dan kain pelekat boleh berlubang terkena mercun ni..hahahaha..memang ganas masa tu..
Tapi time balik rumah mesti kene berleter..emak pun pelik pegi sembahyang terawih sampai berpeluh2..kain pelikat berlubang-lubang.
![]() |
| Mercun Telur |
Masa tu aku agak kreatif...kitorang buat baju kalis peluru macam yang polis pakai menggunakan kotak, dh confirm baju tak berlubang kene mercun.. memang kreatif...siap helmet pun buat jugak...
Ni salah satu mercun yang best.. aku panggil mercun telur sebab bentuk dia bujur macam telur. tapi ianya agak merbahaya kerana bunyi terlalu kuat dan bergema. Pernah skali atuk aku citer dia gunakan mercun ni untuk halau kera yang selalu masuk kedalam rumah dia kat tepi hutan. Dia pun lastik la mercun ni ke kumpulan kera2 ni pastu adalah sekor kera ni yang agak sengal pegi amik mercun yang tengah menyala tu masuk dalam mulut dia. Mesti dia ingat makanan. Apa lagi...DUMMM!!!..terkeluar biji mata dia..berdarah mulut dengan hidung. Lepas pada tu tobat dah atuk aku taknak pakai mercun ni lagi.
Kalau yang budak pompuan plak, diorang suka main tanglung.Bawak tanglung keliling kampung jalan ramai2. Biasanye diorang akan gunakan tanglung kertas (beli kt kedai) atau dari tin (buat sendiri). kami budak2 lelaki akan menyakat diorang ni. Isikan minyak tanah dalam pistol air pastu tembak tanglung budak2 pompuan. Bayangkan habis tanglung diorang terbakar. Menjerit2 la diorang...menangis..hahahahaha dan kami seronok...hahahaha
jahat kan?..jahat kan?..tapi biasanye bila siang kami akan buat semula tanglung untuk diorang ni sume..ganti..hahahahaTapi itu sume masa zaman kecik2 dulu...budak2 sekarang dah tak tau bende tu semua. Kesoronokan bulan puasa dikampung dah tak terasa..budak lebih suka mengadap tv lepas berbuka...paling tidak pun mengadap komputer dan main game. Sekarang ni kalau tengok kanak2 di Cybercafe lebih ramai dari di masjid pada waktu malam siap dengan baju melayu dan kopiah skali kt dalam CC. Bila ditanya kenapa tak solat terawih dimasjid diorang jawab..terawih secara online..terawih cyber..hahahaha nak gelak aku dengar jawapan diorang.
Bagi aku itu sudah memadai daripada mereka melepak disimpang jalan mengganggu orang lalu lalang atau jadi kutu rayau ataupun mat rempit.
Apa2hal pun aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua..
Pastikan puasa anda berbaloi.........................................................
Subscribe to:
Posts (Atom)

