Adz

Tuesday, September 28, 2010

HTC Wildfire

  Sekarang ni kalau kita perasan...kalau perasan la, tk perasan pn lantak la tp aku nak cakap jugak..technology handphone atau telefon bimbit terbaru telah diperkenalkan. Mungkin korang ada dengar pasal ANDROID Operating System (Android O.S). Ianya adalah sistem terbaru yang diperkenalkan bagi telefon bimbit pintar atau smartphone. Sistem ini ibarat seperti Windows Vista, Windows 7 atau Windows Xp pada komputer kita atau laptop kita. Sistem yang diperkenalkan ini menjadikan telefon bimbit kita beroperasi sama seperti laptop atau komputer peribadi kita.
     Bagi telefon IPHONE (apple), ianya menggunakan sistem operasi MAC ( MAC o.s ) dan untuk jenama lain diorang berkongsi menggunakan Android O.S sebagai sistem operasi smartphone mereka. Untuk sistem ini sahaja mempunyai lebih dari 1000 software atau perisian yang boleh didownload secara percuma melalui smartphone korang. Macam2 software yang ada sampai tak tahu nak pilih tapi ingat pastikan kapasiti ruang menyimpan smartphone korang besar sebelum memuat turun apa2 aplikasi dari Android Open Market.
     Aku pun berminat dengan teknologi ni sebab ianya tidak memerlukan kos yang tinggi seperti IPHONE yang boleh mencecah lebih 2K untuk memilikinya. Banyak syarikat telefon bmbit terkenal yang memperkenalkan telefon bimbit Android diorang. Antara yang terkenal ialah Samsung dan HTC. Samsung Galaxys antara yang terbaik dari segi graphic quality dan harganya pun boleh tahan jugak.
    Untk pengetahuan korang semua...baru2 ini HTC telah mendapat anugerah telefon Android terbaik di dunia melalui model HTC Hero dan Desire. HTC adalah syarikat telefon pintar yang memang diakui kehebatannya. Kalau dulu HTC lebih dkenali sebagai DOPOD iaitu pengeluar telefon PDA terkenal.
   Apa yang aku nak cerita kat sini ialah tentang telefon pintar keluaran HTC iaitu model Wildfire. Model ni memang cukup menarik dari segi rekabentuk dan saiznya. Wildfire ni adalah klon dari Desire yang telah dikecilkan saiznya. Ala macam nokia N97 dgn N97 mini tu.
   Di Malaysia, HTC Wildfire diperkenalkan oleh Maxis dalam package diorang. DIGI juga ada perkenalkan model ini tapi dikenali sebagai HTC Aria. Korang boleh surf kat youtube untuk tengok review video tentang function phone ni. Harga pasaran untuk Wildfire adalah dalam range RM1200 1500.
   Ni ada sedikit data tentang Wildfire :
-         3.2 inch skrin sesentuh
-         5MP autofocus camera dgn LED flash
-         Wifi dan support 3G (HSPA)
-         Software Firend stream- anda boleh connect Facebook, 
     Twitter, Tagged dalam satu masa.
-         Android 2.1 O.S (Google)
-         Zoom picture guna sentuhan jari
-         Adobe flash player 10.2
-         Youtube downloader
Banyak lagi function yang menarik untuk telefon ni dan korang boleh Google.   



1 comment:

  1. rasa nak tukar pone..pone aku dah berusia 4 tahun sekarang nih..thk..kongsi maklumat

    ReplyDelete