Adz

Monday, August 30, 2010

Lagi Lawak Ramadan


Lawak 1
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.

Lawak 2
Bangla dan rakannya sedang berbual,
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????







Lawak 3
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Lawak 5
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

Lawak 6
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

Lawak 7
Pada malam itu, Razi pulang lewat ke rumahnya selepas habis meminum arak di pub. Selepas mendapati isterinya, Hana sudah tidur...dia pun terus menarik selimut dan tidur di sebelah isterinya. Dia memandang ke hujung katil dan terus mengira...1, 2, 3, 4, 5, 6. Lalu dia mengejutkan Hana dan berkata, "Eh sayang, ada 6 kaki kat katil kita nie". Hana menjawab dalam nada mengantuk, " Abang, lebih baik abang tidur saja, lagipun abang kan mabuk, mana mungkin 6 kaki, 4 kaki je laa". Si Razi pun baring untuk tidur selepas bininya berkata demikian. Tapi dia tidak dapat melupakan lagi hal tadi, lalu dia bangun untuk mengiranya semula. 1, 2, 3, 4, 5, 6....sekali lagi dia mengejutkan bininya dan berkata, " Sayang, betul lah ada 6 kaki kat katil kita nie". Hana yg bengang akan perangai Razi itu pun menjawab, " Apa laa abang nie, sayang nak tidur pun susah laa. Kalau tak percaya, abang bangun keluar dari katil nie. Pastu cuba kira balik". Jadi, Razi pun bangun dari katilnya dan berdiri di hujung katilnya sambil mengira, 1, 2, 3, 4. Kemudian dia berkata, " A'ah laa sayang, betul cakap sayang tadi...cuma ada 4 kaki saja".



















Saturday, August 28, 2010

Cerita Tali Gantung

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai
RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman
gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan
jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.










TIPS Cari Pasangan Hidup

Dalam kehidupan harian kita, kita sentiasa dalam persoalan mencari kebahagiaan. Bagaimana caranya untuk kita bahagia dan apakah "alatannya" untuk kita bahagia. Ada yang mengatakan duit mendatangkan bahagia dan ada juga yang mengatakan rumah besar sebagai kebahagiaan dan pelbagai lagi tapi pada hari ini saya ingin menyentuh perkara yang paling penting sekali iaitu pasangan hidup. Sebenarnya pasangan hiduplah yang paling besar sekali memberi impak ke dalam isu kebahagiaan kita. Walau bagaimana pun, untuk mencari pasangan hidup yang mungkin memberi kebahagiaan kepada kita adalah sukar tetapi mungkin dengan tip-tip ini, anda semua boleh menggunakannya untuk mencapai kebahagiaan:

Ti-tip ini sebenarnya adalah untuk anda mencari kebahagiaan dalam rumahtangga dan agar kehidupan anda dan anak-anak sentiasa dalam kegembiraan. Carilah calon pasangan anda sebai-baiknya kerana ianya bukan sahaja untuk di dunia malah untuk akhirat kelak. Ini sekadar tip dan info. Jodoh dari Maha Kuasa tetapi juga atas usaha kita

1. Calon pasangannya mesti beragama
Dalam hal ini, pasangan yang anda cari mestilah mempunyai kepercayaan ataupun pegangan ugama yang kuat. Lebih-lebih lagi dalam Agama Islam kerana Islam mementingkan kesejahteraan, keharmonian dan kesederhanaan. Kenapa agama penting?. Kerana jika anda memilih calon pasangan yang tiada pegangan agama yang kuat,terutama Islam, mereka cenderung melakukan sesuatu yang berdosa dan menyalahi hukum2 sosial seperti berlaku curang kerana tiada pegangan agama. Kasar kerana tidak menghormati status pasangan dan hati pasangan anda dan mungkin mencerca atau mencaci atau merendah-rendahkan pasangan anda kerana tiada rasa takut akan dosa kerana melukai hati pasangan mereka dan menghormati mereka lagi.
Selain itu, pasangan yang beragama menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat kerana sentiasa berusaha meningkatkan ketakwaan dan pedoman untuk satu-satu keluarga. Mereka sentiasa menjaga solat dan ini memberikan kesan yang positif kepada anak-anak mereka kelak dan pahala yang mereka perolehi adalah sentiasa berganda.

2. Cantik / berupa
Dalam isu cantik ini, tidak semestinya calon kita itu mempunyai wajah seperti pelakon atau ratu. Yang pentingnya, Dia benar2 cantik pada pandangan kita dan kita rasa tidak jemu memandangnya (setiap orang mempunyai citarasa berlainan). Ini penting untuk kebahagiaan kerana jika pasangan anda tidak jemu dipandang, ianya akan mewujudkan satu perasaan rindu pada satu sama lain dan ini menguatkan lagi ikatan satu-satu hubungan itu. Bayangkan jika satu pasangan yang saling kerinduan berjumpa, sudah tentu mereka akan serapat-rapatnua dan tidak ingin berpisah. Selain itu juga, pasangan harus sentiasa berusaha memberi impak kecantikkan kepada pasangan anda dan ianya wajib bagi menarik perhatian pasangan anda dan pasangan anda sahaja.

3. Berharta
Harta yang dimaksudkan bukanlah wang ringgit yang tinggi menggunung atau emas berlian. Yang pentingnya ialah kemampuan untuk menyara pasangan dan anak-anak nanti. Ini bukan hanya tertakluk pada suami, malah bagi para calon isteri. Kehidupan berumahtangga sebenarnya ialah untuk berkongsi hidup serta susah dan senang. Calon suami wajib memberi nafkah pada keluarga tetapi jika tidak berkemampuan, calon isteri boleh menolong agar bersama-sama mengharungi kehidupan.
Jika pasangan kia seorang yang tidak berharta, mampu menyara, kehidupan sesebuah rumahtangga itu akan menjadi kucar-kacir dan akan sentiasa menjadi pergaduhan antara pasangan-pasangan tersebut kerana lumrah manusia tidak sukakan pada kesusahan selain itu ia menyebabkan anak-anak terbiar tanpa kebajikan.

4. Menjaga hati, tidak cemburu buta dan tidak kasar.
Setiap calon pasangan mesti sentiasa dan berusaha menjaga hati pasangan yang lain. Carilah pasangan yang bertoleransi, lemah-lembut, baik bicaranya dan tinggi budinya. Rupa yang cantik atau tidak, jika salah satu pasangan yang dipilih adalah kasar, suka mengungkit dan berfikiran negatif, pasangan ini tidak akan bahagia kerana sentiasa ada pihak yang makan hati, terasa, tersinggung dan bermacam-macam lagi yang akhirnya mendatangkan kebencian. Jaga lidah anda walau pun marah sekalipun kerana anda mungkin akan menyebut sesuatu yang melukakan hati pasangan anda dan ada lukan yang tidak akan sembuh sampai bila-bila. Jangan mengungkit kesusahan anda atau kebaikkan anda. Jangan menuduh sesuatu tanpa bukti dan jangan berfikiran negatif. Percaya satu sama lain adalah kunci kejayaan satu-satu pasangan. Jagalah dengan cara terbaik.

5. Keluarga yang baik-baik
Ibu-bapa dan keluarga calong suami/isteri anda adalah cermin pada pasangan anda kerana didikan mereka. Keluarga yang memegang hukum-hukum Islam biasanya menghasilkan anak-anak yang soleh serta menghormati orang lain. Keluarga yang kasar, akan menghasilkan anak yang kasar, keluarga yang pincang, akan menghasilkan anak yang pincang dan sentiasa berfikiran negatif. Pilihlah dari keluarga yang baik-baik agar kebaikkan mereka dapat membantu anda sekali dalam mencari keredhaan.

6. Para-para calon isteri, hormatilah calon suami anda.
Wanita dilahirkan sebagai makhluk yang lemah lembut dan mampu menggegarkan dunia. Kekasaran waniata tidak dapat diterima sama sekali terutama bila bergelar isteri kerana ianya menjadi kederhakaan. Jangan tinggikan suara anda pada suami anda, api harus dilawan dengan air, panas dengan sejuk dan ego dengan kerendahan. Bukan mengatakan yang para isteri harus mengikut semua kata-kata suami, tetapi mesti berlandaskan kepada agama. Anda harus sentiasa pandai bermain kata-kata kerana lelaki memang patah dengan kata-kata wanita. 
Jangan sekali-kali derhaka pada suami anda, kekerasan anda akan mendatangkan bala pada anda. "Syurga di bawah tapak kaki ibu bagi anak dan suami dan syurga di bawah tapak kaki suami bagi isteri". Jangan kerana emosi anda dan mengikut perasaan, anda terjerumus ke dalam kemurkaan dan jangan lupa, anda juga mempunyai hak untuk terus hidup, selamat dan bahagia. 

Enam perkara ini adalah asas yang harus di cari dalam mencari pasangan ideal anda. Memang susah dan terutamanya bila nada bercinta, semuanya indah dan anda tidak dapat melihat ini semua dan akhirnya anda menyesal kerana sentiasa terlibat dengan pergaduhan dan akhirnya perpisahan. Dan yang penting sekali, anak-anak anda yang menanggung derita.













Thursday, August 26, 2010

TIPS Berpuasa Di Bulan Ramadan 2



Tips-tips Kesihatan Ramadhan:


Matlamat puasa adalah taqwa. Sebagaimana Alah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183: ‘‘Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa’. Didalam keinginan tinggi kita mendapat taqwa, aspek-aspek kesihatan dan pemakanan perlu dambil kira agar tubuh badan kita dapat melaksanakan segala ibadah sebaik mungkin.


Antara tips-tips kesihatan yang ingin saya kongsikan adalah:


1. Berbuka dengan ruthaab, tamar atau air
Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas ( simple carbohydrate ) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks ( complex carbohydrate ), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih. Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat seperti zat besi, kalsium, vit A, Vit B1, B2, B6 dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan.
Ruthaab ( kurma basah ) adalah lebih baik dari tamar ( kurma kering ) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam Abu Daud dan Al-Hakim ‘Rasulullah saw berbuka dengan memakan beberapa Ruthaab sebelum solat, kalau tiada Ruthaab maka baginda berbuka dengan Tamar, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk’


2. Bersegera berbuka dan bersederhana makan
Bersegeralah berbuka. Tetapi kawal makan semasa berbuka. Sebaiknya kita berbuka dengan karbohidrat ringkas seperti kurma, bersolat dan seterunya menikmati juadah yang lebih berat. Dengan itu kita akan mendapat tenaga segera dengan memakan karbohidrat ringkas dan menyediakan perut kita bagi menghazam makanan yang lebih kompleks. Perut yang kosong selama 14 jam akan lebih baik jika didedahkan dengan makan secara beransur-ansur.
Kita juga jangan menganggap jaudah berbuka adalah gabungan makan pagi, tengahari dan petang yang ditinggalkan beserta makan malam. Berbuka melebihi had menyebabkan badan menjadi letih dan kurang cergas untuk beribadat. Konsentrasi solat juga akan terganggu. Adalah baik bahawa kuantiti juadah yang kita nikmati adalah seperti kuantiti makan malam biasa. Kita berhenti makan sebaik sahaja merasakan perut akan penuh.


3. Melebihkan minum air kosong
Kita digalakkan meminum sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Tetapi rata-rata amalan meminum air kosong berkurangan dibulan Ramadhan. Apa yang kerapkali berlaku adalaah kita minum air manis ( air tebu, cincau, oren, sirap etc ) dalam kadar yang banyak semasa berbuka serta ditambah dengan meminum air manis ( milo, nescafe, teh susu ) selepas tarawih dan semasa bersahur. Sebaiknya kita perlu mengurangkan minum air manis semasa berbuka dan membanyakkan meminum air kosong selepas tarawih. Air kosong penting bagi proses perkumuhan dari buah pinngang. Puasa Ramadhan adalah satu period yang penting belakunya proses ’detoksifikasi’. Detoksifikasi adalah proses pembersihan racun dan toksin dari badan. Ketika berpuasa organ pencernaan makanan seperti perut dan pancreas berehat. Ia membantu organ pembersihan seperti usus, hati dan ginjal berfungsi dengan lebih berkesan mengeluarkan toksin dari badan. Ketika puasa juga, bahan simpanan dalam badan ( lemak ) ditukar kepada glukos untuk menghasilkan tenaga. Bahan toksin yang ‘larut lemak atau lipid soluble’ akan dibuang bersama. Namun begitu, proses detoksifikasi tidak berkesan jika kurang air di dalam badan.
Ada pendapat mengatakan bahawa minuman ais/sejuk adalah tidak baik bagi kesihatan kerana air yang sejuk didalam perut akan menyebabkan lemak berkumpul dan mengganggu proses penghadaman. Walaupun pandangan ini diterima ramai, tiada fakta perubatan untuk mengesahkannya. Air sejuk/ais adalah hidangan hampir wajib disetiap rumah semasa berbuka dinegara kita. Rakan-rakan saya dari kalangan doktor dan pakar perubatan sukakan air sejuk kerana ianya tidak membuang masa untuk menghabiskannya berbanding minuman panas. Dengan itu kami dapat bertugas dengan lebih cepat.


4. Sebaiknya masak sendiri jaudah berbuka
Jaudah berbuka sebaiknya dimasak sendiri atau oleh isteri. Dengan itu kita dapat megawal kadar pengambilan lemak, gula dan garam dalam makanan serta tahap kebersihan penyediaannya. Makanan yang dibeli di Pasar Ramadhan adalah diluar kawalan kita dalam aspek tersebut. Cadangan ini mungkin tidak praktikal kepada para pelajar serta pekerja yang penat setelah seharian bekerja. Tetapi bagi suri rumah dan pekerja yang dapat balik lebih awal, perkara ini boleh diusahakan. Setidak -tidaknya kita menyediakan jaudah berbuka pada hujung minggu dan hari cuti.
Satu trend yang kurang sihat yang berlaku di bandar-bandar adalah menghadiri ’Buffet Ramadhan’ di hotel-hotel. Hotel-hotel ini biasanya menawarkan pelbagai jaudah istimewa sebagai penarik dengan harga yang tidak murah. Secara psikologinya, setelah mengeluarkan belanja yang tidak sedikit, kita akan cenderung makan sepuas mungkin. Ini menyebabkan kita terlebih kenyang dan ini tidak membantu dalam pengamalan makana n yang sihat. Ini tidak termasuk dengan status halal dapur-dapur hotel yang diperkatakan sekarang.
Perbanyakkan makan buah dan sayur dalam bulan Ramadhan. Buah-buahan dan sayur mempuyai banyak serat serta anti-oksident. Serat penting bagi melancarkan sistem penghazaman. Manakala anti- oksident adalah elemen penting anti penuaan dan melawan penghasilan barah. Saya mencadangkan supaya kita memakan lebih banyak sayur semasa berbuka dan menggantikan kuih-muih yang dimakan dengan buah-buahan selepas tarawih serta semasa bersahur.


5. Lewatkan bersahur
Rasulullah saw menyuruh kita bersahur serta melewatkannya. Rasulullah saw bersabda ‘bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada barakah’( Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Nasai, Ibn Majah ).
Sahur yang dilewatkan sebenarnya adalah sarapan pagi yang awal atau ‘early breakfast’. Sebenarnya makanan yang paling penting dalam sehari adalah makan pagi. Orang yang bersarapan pagi mempunyai risiko kurang 50% mendapat sakit jantung dan kurang risiko gemuk dan kencing manis. Sahur akan memberikan tenaga sepanjang puasa selama sehari. Glukos darah yang kurang diawal pagi akan terus kurang jika kita tidak bersahur. Bahkan bersahur lebih penting bagi kanak-kanak kerana tubuh mereka yang kecil.
Semoga penjagaan kesihatan semasa puasa Ramadhan dapat menjadikan badan cergas bagi melaksanakan ibadah semaksima mungkin. Kerana kita tidak tahu Ramadhan kali ini mungkin yang terakhir bagi kita.




Salam Ramadhan buat semua











TIPS Berpuasa Di Bulan ramadan



    LAKUKAN


  • Makan sahur untuk mengelakkan hypoglycemia / kandungan gula yang rendah yang boleh menyebabkan kelesuan
  • Makan makanan yang lambat hadam terutamanya waktu sahur, yang mampu bertahan selama 8 jam. Karbohidrat kompleks seperti oats, kurma, sayuran dan nasi adalah makanan yang lambat dihadam serta mengandungi banyak fiber
  • Minum banyak air suam untuk mengelakkan sembelit dan penyahhidratan / dehidrasi
  • Mengambil suplemen kesihatan yang halal untuk lebih sokongan kepada sistem badan

ELAKKAN

  • Tidak makan secara berlebihan terutamanya ketika berbuka dan sahur. ia akan menyebabkan badan korang rasa letih dan malas.
  • Tidak mengambil makanan yang cepat dihadam. Ia hanya mampu bertahan selama 3-4 jam sahaja dan boleh menyebabkan gastrik. Makanan yang cepat dihadam adalah makanan yang mengandungi karbohidrat ringan seperti gula, roti putih, dan sebagainya.
  • Mengurangkan makanan yang digoreng dan berlemak. ia menyebabkan ketidakhadaman, sakit perut dan penambahan berat badan
  • Tidak meminum teh secara berlebihan kerana ia mengandungi theophylline yang menyebabkan kita kerap membuang air.


BAGAIMANA MENJAGA KESIHATAN ANDA

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )


Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb
2001
- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Sebab :
- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN

Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup

Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

GEJALA-GEJALA YG BIASA
1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK

Serangan Iskemia Sementara (TIA)
* "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
* Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.

2 JENIS STROK ASAS

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET
1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI
1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goring.

UBAH GAYA HIDUP
* Pil perancang
* Rokok
* Alkohol
* Ketegangan (Stress)
* Amalkan Senaman

Perut punca segala penyakit

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)





Monday, August 23, 2010

Musibah Air Coca Cola

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat
oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari

seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan

2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku

kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba

tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau

hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan

selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari

tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk

mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap

bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat

hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri

kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang

setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin

Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan

minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa

coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan

lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di

Yawata tu kerana ianya amat mahal!


Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh

meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka

ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain

dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori

yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran

"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga

diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolon

jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran

tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian

enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh... mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh

kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi

tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.

Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak

terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum

tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan

menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo,

F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk

meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam

candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun

coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.


Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam

mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu

hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,

kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda

minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para

peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga

perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.

Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh

serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!


Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada

Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci

cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga

dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan

cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh

cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya

kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.


Tepuk dahi tanya hati... .nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!

Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!], time

raya, time parti, time kenduri , time bola piala dunia dll