Adz

Wednesday, September 1, 2010

Merdeka..Kah Kita

Bila tiba bulan merdeka aje kita akan dapat lihat banyak tempat2 dan premis2 yang pasang atau gantung
bendera Jalur Gemilang. Pada kereta, motor, lori pun ada pasang Jalur Gemilang. Apa yang aku nampak merdeka ni hanyalah hari untuk menggantung Jalur Gemilang sahaja.
    Adakah anda atau mereka sume tu tahu erti kemerdekaan yang sebenar dalam negara kita ni, dalam kehidupan kita ini dan dalam diri kita juga.
   Adakah kita tahu kemerdekaan apa yang sebenarnye ingin dicapai oleh pejuang kemerdekaan negara kita dahulu. Mereka ingin merdekakan  kita dari apa sebenarnya...yang kita tahu hanyalah merdeka dari penjajah.
   Kita fikir kita sudah merdeka dari penjajah yg menjajah kita dahulu tp apa yang aku nampak sebaliknya.....pejuang kemerdekaan kita dahulu bersusah payah mendapat kebebasan dari penjajah tapi kita hari ini mengalu-alukan bangsa kita untuk dijajah semula, bahkan bukan sahaja bangsa dan negara kita malah diri kita juga. Penjajahan bukan bermaksud mereka datang dan memerintah kita sahaja, penjajahan boleh berlaku melalui minda dan pemikiran kita juga.
   Cuba kita lihat dengan penampilan masyarakat kita hari, adakah kita fikir kita sudah merdeka atau kita sudah dijajah semula atau kita sebenarnya belum merdeka pun sejak dulu lg.  
    Kita tak mampu untuk berkembang dengan cara kita sendiri, kita masih menjadikan budaya penjajah sebagai panduan kita menuju kejayaan dalam kehidupan. Kita mengagung-agungkan budaya mereka.
Kenapa kita tak mampu mempertahankan budaya kita...adakah budaya kita tak dapat mengikuti aliran perubahan zaman dan teknologi. Kita renung2kn lah perkara ini bersama....fikirknlah adakah apa yang kita lakukan selama ini adlah budaya barat atau masih teguh pada jati diri kita.



1 comment:

  1. ermmm.....dah mcm bukan kat malaysia..

    tengok lelaki2 bertindik ni seram rasenye, sebab hakak pun x pakai earing.. :P

    semoga anak2 cucu kita dijauhkan dr perkara2 mcm ni..

    ReplyDelete