Adz

Friday, December 24, 2010

Hikayat Khairy Jamaludin - Berkerincing Laci Wang - BAB 12

BAB 12
Berkerincing laci wang


Sudah ada kepastian kini betapa sudah tidak ada lagi unsur ketelusan
di kalangan agensi ekonomi dan kewangan milik kerajaan. 


Norza Zakaria pernah membuat pengakuan secara terbuka kepada barisan Exco
Pemuda Umno yang dia membaca minit mesyuarat yang penting-penting
sebelum dokumen rahsia itu dikemukakan kepada Menteri Kewangan
Kedua, Nor Mohamed Yakcop. Memanglah, masih ada lagi segelintir
manusia yang tulus ikhlas bertugas dalam pertubuhan itu semua. Mereka
sudah begitu mual dengan gelagat Khairy Jamaluddin. Mereka ternyata
segelintir sahaja dan dianggap golongan minoriti. Sebagai anak-anak
muda dalam lingkungan umur 30-an, mereka amat mengimpikan kejayaan
dalam kerjaya sama seperti kroni Khairy yang kini menerajui syarikatsyarikat
berkaitan kerajaan (GLC - Government linked companies) di
bawah naungan Khazanah.
Kerana itu, golongan minoriti ini hanya sanggup merungut sendirian.
Tiada siapa yang berani mengemukakan masalah ini ke atas kerana
sedar bahawa ketua-ketua mereka pun masuk dalam kocek Khairy. Barubaru
ini ada seorang pegawai muda yang bertugas di sebuah institusi
kewangan telah bertindak membuat laporan kepada Badan Pencegah
Rasuah (BPR) perihal pembelian aset yang berupa sebuah kereta SPV.
Secara tiba-tiba BPR menggugurkan siasatannya apabila mengetahui
bahawa pembeli aset itu ialah Mr. S yang merupakan proksi istimewa
Khairy dan Norza. Pegawai yang jujur itu telah ditukarkan kepada satu
jawatan yang kurang penting di Bank Negara.
Jumlah para perunding ‘lantikan’ Khairy memang berlipat kali ganda
berbanding segelintir perunding yang bertugas secara jujur itu.
Kebanyakan mereka telah diambil pada awal 1998 dan 1999 ketika


Malaysia menjadi taksub menyandarkan harapan ke atas lulusan Oxbridge
sebagai insan-insan yang dilihat sebagai penyelamat ekonomi negara.
Sebagai contohnya ialah seorang insan bernama Azman Yahya, seorang
pentadbir yang disebut-sebut sebagai pintar dan cekap lulusan London
School of Economics. Beliau telah diambil untuk menangani krisis
ekonomi Asia pada 1997 dahulu. Azman telah diberikan satu kontrak
oleh Syarikat Scomi (milik anak Perdana Menteri) melalui syarikatnya
yang bernama Symphony. Sebenarnya kontrak itu bukanlah hebat sangat.
Ia adalah kerja mengagihkan risalah kepada pemegang-pemegang saham
yang dahulunya dikendalikan oleh sebuah jabatan kerajaan tetapi telah
diswastakan kepada Scomi. Dengan kata lain, Azman telah dianugerahkan
kontrak itu sebagai balasan terhadap khidmat kerjanya yang dikatakan
baik. Akan tetapi itu adalah muslihat untuk memindahkannya daripada
menyaksikan apa yang akan berlaku selepas itu. Kebanyakan pegawaipegawai
muda di Jawatankuasa Pengstrukturan Semula Hutang Korporat
(CDR - Corporate Debt Restructuring Committee), Kementerian
Kewangan dan Danaharta yang dilatih oleh Azman kini sudah menjadi
orang setia Khairy, yang melakukan mengikut arahan Khairy dengan
harapan dapat menjadi semacam Azman Yahaya.
Khairy sedar akan semua ini tetapi sengaja tidak berbuat apa-apa.
Hakikatnya Khairy sedang meluaskan empayarnya sendiri. Oleh kerana
kebanyakan kroni beliau adalah insan yang tidak berapa dikenali oleh
masyarakat umum, apa yang sedang berlaku di sebalik tabir tidak pernah
mendapat penelitian dan kutukan umum seperti yang sepatutnya.
Parti-parti pembangkang di Malaysia memang sudah terlalu ketinggalan
daripada kejadian sebenar. Mereka lebih cenderung menumpukan
kritikan terhadap korupsi yang berlaku pada zaman Dr. Mahathir dan
tidak kepada kejadian seperti itu pada masa kini. Mereka tidak sedar
keadaan semakin teruk sekarang ini kerana kuasa naungan dalam aliran
politik di Malaysia sudah pun dikendalikan oleh satu kumpulan baru
Abdullah Badawi yang dianggotai oleh anak-anak muda yang licik.
Kalau ada pun rungutan mengenai tindak-tanduk Khairy menggeledah
aset negara, rungutan itu datang daripada suara-suara sumbang yang
masih memihak kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Pada
Jun tahun ini, ada juga beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional
yang cuba mengemukakan soalan mengenai salahguna kuasa terhadap
dana milik GLC, Khazanah dan Danaharta. Malah, ada salah seorang
ahli Parlimen itu yang mengemukakan satu soalan kepada Menteri


Kewangan Kedua Nor Mohamed Yakcop, mempertikaikan kewarasan
memberikan begitu banyak tugas yang penting dan berahsia besar
kepada ECM Libra, Ethos Consulting dan Binafikir. Sedangkan ketigatiga
syarikat ini ternyata tidak mempunyai banyak pengalaman ataupun
latihan. Memanglah tersisip satu agenda sulit di sebalik soalan begitu.
Agenda tersembunyi soalan tersebut adalah bagi menyerang peranan
jahat Khairy dalam aktiviti-aktiviti ekonomi kerajaan. Apabila anggota
Parlimen tersebut membuat soalan bertulis, maklumat telah disampaikan
kepada Khairy oleh seorang senator wanita. Dengan pantas, Khairy
menelefon pejabat Abdullah Badawi yang mengatur satu sesi pertemuan
khas dengan anggota Parlimen berkenaan. Di sana ahli Parlimen itu telah
diberitahu bahawa soalan seperti itu ‘tidak membantu’. Soalan seperti itu
tidak pun timbul lagi selepas itu, dan mungkin juga untuk beberapa tahun
mendatang, anggota Parlimen tersebut tidak akan kedengaran juga.
Khairy merupakan salah seorang anggota daripada tiga orang yang
mempunyai kuasa terakhir menentukan siapa yang patut menjadi calon
Barisan Nasional masa pilihan raya umum. Menyedari hakikat ini, maka
anggota Parlimen diam membisu dan hanya berani menimbulkan soalansoalan
mengenai pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.
Kerana itu hanya yang indah-indah dan muluk-muluk dan harum semerbak
sahaja akan kedengaran mengenai pentadbiran Abdullah Badawi.
Akan tetapi ini tidak bermakna tidak ada keresahan dan rungutan dalam
keadaan demikian. Cuma, selagi Abdullah Badawi menjadi Perdana
Menteri, Khairy dan para kroni beliau akan terus bergerak bebas untuk
menjadi kaya-raya. Segala contoh yang terdedah luas dan berlaku dalam
pentadbiran yang lalu memang amat difahami oleh anak-anak muda
lulusan Oxford dan Cambridge sambil mereka menggunakan ruang
perundangan yang sah untuk menaungi dan memunggah harta negara.
Khairy memang mempunyai ruang bebas untuk mengemukakan sebarang
cadangan kepada agensi kerajaan yang berselerak itu kerana wujudnya
manusia yang bersedia bersekongkol dengan janji mendapat imbuhan
yang lumayan. Sebagai contoh, di Khazanah kita melihat Azman
Mokhtar sebagai seorang yang bersih. Akan tetapi, beliau mempunyai
sebuah syarikat iaitu ‘BINAFIKIR’ yang kini diketuai oleh rakan baiknya
Mohd. Rashdan Yusuf, seorang lulusan Cambridge. Binafikir sedang
menantikan peluang mendapat kontrak yang bernilai berjuta-juta ringgit
yang mampu melonjakkannya ke mercu industri kewangan negara. Untuk


mencapai matlamat ini, Mohd Rashdan telah berulangkali melobi Khairy
agar memberi peluang beliau mengambilalih Aseambankers berasaskan
kejayaan Binafikir menjalankan khidmat menstruktur semula syarikat
milik kerajaan.
Hakikatnya, Binafikir hanya merupakan satu platfom beberapa anak muda
lulusan Cambridge yang diketuai oleh segelintir akauntan yang bernasib
baik pada 1998 dipilih oleh Nor Mohamed Yakcop meneliti MAS dengan
tujuan membahagikan MAS kepada syarikat-syarikat pemegang aset dan
juga operasi. Sejak itu, tiada perniagaan yang dilakukan oleh Binafikir
yang boleh dibanggakan. Namun, Mohd Rashdan beranggapan bahawa
kejayaan merangkul Aseambankers akan menyalurkan segala peluang
secara automatik. Aseambankers mempunyai takungan klien yang sedia
ada, sementara Mohd Rashdan menganggap Binafikir mempunyai
takungan anggota yang berbakat. Pandangan ini tidak dikongsi oleh
veteran dalam industri perbankan dan lain-lain pemain dalam industri,
yang melihat Binafikir hanyalah sebuah syarikat yang tidak ada aset yang
nyata dan pastinya tiada rekod prestasi yang digembar-gemburkan.
Namun demikian, perancangan itu dijangka akan terlaksana juga
berasaskan hubungan baik Rashdan dengan mafia Oxbridge yang
dipimpin oleh Khairy. Berita terkini mengenai MAS yang gagal
mengatasi cengkaman krisis 1997, menjadi satu tamparan hebat terhadap
sekutu-sekutu Khairy yang digembar-gemburkan selama ini hanya
omongan kosong semata-mata. Namun, tidak ada sesiapa yang sanggup
bersuara menyekat kelentungan begini kerana tidak ramai yang benarbenar
faham apa sebenarnya sedang berlaku di sebalik tabir pentadbiran
kerajaan Malaysia.
Khairy memunggah harta negara bukan sahaja melalui Khazanah,
tetapi juga dengan urusniaga sampingan melalui hubungannya dengan
Kementerian Kewangan yang diketuai oleh bapa mertuanya. Dua contoh
boleh dikemukakan di sini. Pertama ialah pengagihan saham-saham khas
untuk Bumiputra yang terdapat dalam syarikat tersenarai yang mempunyai
pemegang majoriti asing. Sekali lagi, Khairy bergantung kepada Norza
untuk memberikan maklumat mengenai urusniaga seperti itu. Dalam kes
tersebut, khususnya, Khairy telah berjanji untuk mengagihkan sahamsaham
tersebut kepada dua calon sekutunya. Syarikat pertama akan
diagihkan kepada anggota istana yang rapat dengan Khairy. Bahagian
yang lagi satu, yang sudah pun diidamkan oleh salah seorang adik Najib
Tun Razak, 19% saham syarikat itu akan diagihkan kepada seorang
Bumiputra yang merupakan penama kepada seorang bilionaire Cina.
Tauke ini memang kerap kelihatan mengiringi Abdullah dalam banyak
lawatan beliau ke Amerika Syarikat semasa melawat isterinya yang
sakit, Endon Mahmood Ambak.
Apakah pendapatan bersih bagi Khairy dalam dua urusniaga tersebut?
Transaksi pertama yang akan melibatkan saham bernilai RM526 juta.
Komisen untuk Khairy dijangka sekitar RM15 juta. Dalam transaksi
kedua, jumlah yang terlibat lebih besar iaitu RM883 juta. Khairy dijangka
mendapat sekurang-kurangnya RM20 juta.
Jadi, sejak bulan Mac, secara kasar, pendapatan yang sudah dan akan
diperolehi oleh Khairy adalah seperti berikut:


1. Komisen daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek Holdings,
Singapura - RM16 juta.
2. Komisen daripada pembelian saham M1 oleh Khazanah dan TM – RM
6 juta.
3. Jangkaan komisen daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek
Holdings Singapore – RM17 juta.
4. Jangkaan komisen daripada penjualan aset Danaharta – RM85 juta
5. Jangkaan komisen daripada penjualan aset sampingan FELDA kepada
Temasek Holdings dan DBS Bank - RM30 juta.
6. Jangkaan komisen daripada peruntukan saham Bumiputra dalam
syarikat milik asing – Syarikat 1 - RM15 juta
7. Jangkaan komisen daripada peruntukan saham Bumiputra dalam
syarikat milik asing – Syarikat 2 - RM20 juta.


Jumlah yang terlibat ialah RM189 juta. Itu pun yang dapat dilihat oleh
umum.
Kenapa Khairy mampu merencana semua ini tanpa banyak tentangan?
Pertama, pihak pembangkang di Malaysia terlalu rapuh dan tidak mampu
bersepadu menentang satu kerajaan yang mereka anggap masih popular
yang dipimpin oleh Abdullah Badawi. DAP telah sekian lama membuat
penentangannya dengan bahasa yang sukar difahami oleh rakyat marhaen
dan para pengundi. PAS tidak mempunyai pakar ekonomi yang benarbenar
berwibawa. PKR pula lebih berminat menyerang Dr. Mahathir
Mohamad daripada mengkritik Abdullah kerana mereka masih melihat
Abdullah sebagai orang yang membebaskan Anwar Ibrahim.
Kedua, kalau ada pun musuh politik Khairy dalam Umno, mereka sendiri
sudah terpalit dengan pelbagai kes yang melibatkan persekongkolan
mereka dengan Dr. Mahathir. Sebagai contohnya ialah anak-anak
Dr. Mahathir. Mereka tidak mampu mengkritik Khairy dalam tindaktanduknya
mengaut harta negara sebagai anggota keluarga dalam pucuk
pimpinan negara. Kerana semasa Dr. Mahathir, mereka sendiri mendapat
manfaat daripada aset negara seperti Petronas sehingga ratusan juta
Ringgit.
Ketiga, para profesional muda yang dibawa masuk berkhidmat sejak
beberapa tahun lalu, terlalu takut akan musnah masa depan mereka, jika
sekiranya mereka menimbulkan bantahan. Lagi pun, mereka menganggap
Khairy sebagai salah seorang daripada mereka dan berharap dapat
berkongsi kejayaan Khairy naik ke atas.
Keempat, ramai pentadbir dalam organisasi yang terlibat sudah dibeli
oleh Khairy, Norza dan sekutu-sekutunya, turut terlibat dan sanggup
menipu rakyat.
Jelas bahawa Khairy dalam pembikinan seorang bilionaire menjelang
akhir tahun ini. Siapa tahu, seperti Perdana Menteri Thaksin, Khairy
mungkin menjadi bilionaire pertama sebagai Perdana Menteri
Malaysia.
Memanglah, sebab paling penting ialah kerana Khairy adalah anggota
Keluarga Pertama Malaysia. Perkahwinannya dengan Nori Abdullah
telah memberikannya peluang keemasan yang sama yang pernah diraih
oleh tokoh-tokoh lain seperti Jeneral Prabowo (menantu Suharto), Taufik
Kiemas (suami Megawati Sukarnoputri) dan Mike Arroyo (suami Gloria
Macapagal Arroyo).







No comments:

Post a Comment