Aku pasti suatu masa dahulu ramai yang cuba mencari buku kisah Khairy Jamaluddin ni. Namun memang susah nak dapat kat pasaran biasa, maklumlah masa tu dia tengah dipuncak kekuasaan jadi orang tak berani nak jual secara open. Buku ni berkenaan dengan kemelut politik negara kita, tentang skandal - skandal orang2 politik dan perancangan yang dibuat oleh Khairy untuk berada di kedudukan no1 negara.
Buku ini juga mendedahkan siapa sebenar Khairy Jamaluddin dan juga Pak Lah. Aku percaya sekiranya korang baca buku ini sampai habis korang dah boleh agak dengan setiap apa yang berlaku di dalam politik negara kita. Korang takkan terkejut lagi dengan apa - apa berita tergempar yang sering berlaku di negara kita ini kerana kebanyakannya telah dirancang dan semuanya berkaitan dengan politik. Korang takkan terkejut kalau ada pemimpin yang ditahan kerana rasuah, projek2 yang terpaksa dibatalkan dan tiba- tiba harga barang naik. Ini semua kerana korang tidak lagi berfikir tentang politik negara kita dari satu arah sahaja dan korang tidak akan mudah percaya dengan apa yang anda dengar atau lihat.
Jika korang ingin melihat mainan politik alaf baru inilah masanya.....buku ini akan membuka mata korang.
Aku ingin berkongsi buku ini dengan anda semua. Buku ini dalam bentuk PDF (softcopy) dan jika anda berminat hubungi aku segera. Buku ni aku jual dengan hrga yang murah je.
HARGA : RM 10.00
Hubungi / sms aku 0105868737 untuk membuat pembayaran. E-book ni akan di email setelah bayaran dibuat.
Ni adalah antara petikan2 dari buku tersebut :
"Pada November 2003, ketika Dr. Mahathir turun takhta barulah disedarinya
bahawa jawatan orang paling berkuasa negara ini, yang dimilikinya
selama itu dapat diwarisi dan diambilalih oleh seorang anak muda yang
baru berusia 28 tahun sahaja. Kini dan untuk masa yang terdekat, Khairy
ternyata merupakan orang yang paling berkuasa di negara ini. Malah,
lebih berpengaruh daripada Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun Razak
ataupun sesiapa sahaja yang menganggotai Majlis Tertinggi Umno yang
hanya anak-anak katak (berudu) dalam kolam besar milik Khairy."
"Pertama, Khairy adalah laksana tukang jaga pintu di pejabat Abdullah
Badawi. Setiap surat, faks, cadangan, dokumen, rayuan, komunikasi,
surat-menyurat ataupun apa juga bentuk pembentangan yang sampai ke
meja Abdullah, mestilah ditapis terlebih dahulu oleh pembantunya Datuk
Wan Farid dan Zaki Zahid. Kedua-duanya, Wan Farid dan Zaki Zahid
adalah mata dan telinga Khairy. Setiap cadangan yang mereka terima perlu
dibuat penduanya untuk Khairy Jamaluddin. Semua salinan ini dianggap
perlu kerana Khairy tidak lagi secara rasminya bertugas di pejabat Pak
Lah. Namun demikian, rasmi atau tidak, dia masih menjadi tukang jaga
pintu dan perlu tahu apa juga yang keluar masuk pejabat itu.
Wan Farid dan Zaki Zahid sentiasa bersekongkol dengan Khairy untuk
menentukan siapa yang boleh bertemu dengan Pak Lah. Walaupun
terdapat jawatan Ketua Setiausaha Peribadi yang dipegang oleh Dato
Thajuddeen Abd Wahab (sahabat lama Pak Lah dan pegawai kerajaan),
segala temujanji yang dibuat melalui pejabat Dato Thajuddeen akhirnya
akan dibuat salinan kepada Khairy untuk mendapat persetujuannya.
Kita tidak perlu syak dalam hal ini. Walaupun Dato Thajudeen tidak
bersetuju dengan cara kerja yang sungguh pelik itu, persahabatan beliau
yang begitu lama dan akrab dengan Pak Lah tidak cukup kuat untuk
menafikan karenah menantu ketuanya."
"Bukannya murah untuk mendapat temujanji bertemu dengan Abdullah.
Tukang jaga pintu juga berlagak sebagai tukang kutip tol. Ini membuatkan
Umno bising dengan suara-suara tidak puashati, disebabkan harga yang
terlalu tinggi (ada berkata ia setinggi RM50,000) yang dikenakan oleh
orang-orang yang hampir dengan Abdullah hanya untuk mendapat
temujanji dengan Perdana Menteri. ‘Budaya’ seperti ini memang sudah
lama wujud sepanjang pemerintahan lima orang Perdana Menteri di
Malaysia, tetapi belum pernah ia dilakukan dengan begitu rapi dan
terang-terangan seperti sekarang ini. Ini disebabkan bayaran RM50,000
saja belum cukup untuk mendapat temujanji. Masih ada syarat lain;
melibatkan syarikat milik Khairy seandainya projek yang mahu
dibincangkan dengan Perdana Menteri menemui kejayaan."
"Kaedah kedua bagaimana Abdullah dikawal oleh Khairy ialah melalui
desakan Khairy berkaitan perlantikan calon-calonnya ke beberapa
jawatan penting di peringkat pembuat keputusan dalam pejabat Abdullah
dan juga kementerian-kementerian penting lain. Tidak kurang daripada
sepuluh rakan Khairy semasa pada zaman universiti yang berusia lewat
dua puluhan atau awal tiga puluhan telah memenuhi jawatan-jawatan
yang setaraf dengan ketua eksekutif dalam banyak kementerian (kita akan
ceritakan perkara ini dalam laporan lain). Abdullah Badawi tidak boleh
bergerak kalau tokoh-tokoh ini tidak berfungsi. Dengan kata lain, beliau
ternyata terlalu bergantung kepada mereka semua untuk bertindak."
"Inilah ketikanya Khairy cuba rapat dengan orang yang bermasalah
ketika itu Dr. Mahathir. Khairy telah menggunakan khidmat Nordin
Sopiee untuk cuba mendapatkan pekerjaan di pejabat Perdana Menteri.
Permohonan beliau telah disokong oleh Hishammuddin Hussein. Apabila
Dr. Mahathir menolak, setelah melihat akan tindak-tanduk dan gerakgeri
Khairy, si Khairy telah cuba mendapatkan peluang dengan orang
yang berpangkat rendah sikit daripada Dr. Mahathir. Dia tidak pergi
kepada Abdullah, tetapi kepada Najib."
"Sejurus nama Abdullah diumumkan, Najib dan Rosmah, isterinya telah
menitiskan air mata di luar bilik penantian, kerana teramat terkejut dan
tidak percaya akan nasib mereka. Ketika itu Timbalan Perdana Menteri,
Abdullah mula melantik orang baru mengisi jawatan yang banyak kosong.
Sebagai contoh, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Abdullah diberikan
dua Setiausaha politik dan bukan lagi seorang, dan lapan pegawai khas
dan bukan lagi dua orang. Salah satu jawatan Pegawai Khas ini telah
diberikan kepada Khairy."
No comments:
Post a Comment